Dengar Nasyid

 - Marhaban Ramadhan


Nice nasyid - Syukurlah


Nice nasyid - Sesekali Diuji


Kekasih Allah-Nasyid Bana


Destiny - Nasyid - Cinta Sepi Indah


Nice nasyid - Sesuci Mariam


Nice nasyid - Nur Muhammad


Destiny - Nasyid - Istana Kasih


Aidil (Ideal) - nasyid - Cuba


Maherzain feat Fadli Padi - Insya Allah


MaherZain - Barakallah


maherzain ringtone


IMAM S ARIFIN BUNGA HATI _NEW





IMAM S ARIFIN TERMENUNG _NEW


tiada kata berpisah imam s arifin_NEW


MUHASABAH - USTZ.M.ARIFIN ILHAM KAHFI


Imam Muda (Ujian Hidup by Lyrics) IM Asyraf,Aran,Azhar,Abe Shara & Nuri

KHUTBAH PUASA 1431H BHG 1 Kelebihan Puasa

TAZKIRAH RAMADHAN

Khutbah Jumaat (13-05-11) - Jangan Sebar Fitnah

Cara menyambut hari raya menurut Islam



                                           

     (Dirujuk dari kitab Jenis-jenis sembahyang sunat dan himpunan amalan-amalan sunat serta     beberapa laman web sebagai panduan)

 

     

1.      Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2.      Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".

3.      Mandi sunat hari raya.

4.      Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5.      Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6.      Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7.      Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.

8.      Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9.      Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا.  لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.


12. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

13.      Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu;   تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.

Cara Solat hari raya


Pada 1 syawal 
dan 10 zulhijjah setiap tahun, 
dianjurkan supaya mengerjakan solat hari raya iaitu solat aidilfitri dan solat aidiladha.


Solat hari raya samada aidil fitri atau aidil adha hendaklah dilakukan secara berjemaah. Setelah selesai solat hendaklah dibacakan 2 khutbah. Solat hari raya boleh dilakukan di surau, masjid dan di lapangan terbuka. Waktu solat ialah sesudah terbit matahari kadar segalah (Waktu dhuha) hinggalah sebelum masuk waktu zohor.



Cara mengerjakannya;

1.      Setelah imam mengangkat takbir, lantas kita pun ucapkan lafaz niatnya (Tidak wajib);

أصلى سنة لعيد الفطر ركعتين مأموما لله تعالى

2.      Mengangkat takbir (Takbiratul ihram) iaitu; Allaahu akbar;
Sambil berniat mengerjakan solat (aidilfitri/aidiladha) 2 rakaat jadi makmun kerana Allah Taala.

3.      Sesudah takbiratul ihram, takbir lagi 7 kali pada rakaat pertama. Semasa bertakbir, angkat kedua tangan kita sampai kepada batas telinga. Di antara takbir ke takbir, hendaklah kita membaca tasbihnya, iaitu;

سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.

“Subhaana llaahi walhamdu lillaahi wa laa ilaaha illa llaahu wa llaahu akbaru wa laa haula wa laa quwwata illa billaahil `aliyyil `aziim.

Sebaik-baiknya ialah turut imam sewaktu bertakbir supaya tidak bercelaru dan supaya nampak lebih teratur.

4.      Sesudah takbir yang ke 7 terus mendengar imam membaca al-fatihah dan dilaksanakan solat seperti biasa.

5.      Pada rakaat yang kedua, sebelum mendengar dan membaca al-fatihah, bertakbir 5 kali. Di antara takbir ke takbir, hendaklah kita membaca tasbihnya seperti di atas.

Sebaik-baiknya ialah turut imam sewaktu bertakbir supaya tidak bercelaru dan supaya nampak lebih teratur
6.      Laksanakan solat seperti solat biasa sehingga sampai kepada salam
7.      Sesudah selesai solat, barulah dibacakan "mendengar khatib membacakan khutbah 1 dan Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.